Sinopsis Ise Nanao

Babak Soul Society

Nanao muncul buat kali pertama apabila dia memaklumkan kaptannya tentang ancaman yang dibawa oleh penceroboh Soul Society. Ryoka (roh asing) yang dimaksudkannya ialah Chad yang berada paling hampir dengan mereka. Apabila Shunsui berhadapan dengan Chad, dia meminta Nanao menaburkan kelopak bunga mawar untuk menimbulkan kesan dramatik. Nanao kemudiannya menjadi geram dan melontarkan bakul yang penuh berisi dengan kelopak bunga kepada Shunsui. Selepas Chad ditewaskan, dia mahu membunuhnya tetapi dihalang oleh Shunsui.

Dia kemudiannya memaki Shunsui kerana tidak membuat apa-apa sedangkan tarikh hukuman mati Kuchiki Rukia hampir menjelang. Hal ini kerana Shunsui nampaknya lebih suka melepak dan berfikir tentang kritikan Jeneral Yamamoto terhadap tindakannya. Nanao menemani Shunsui ke tempat hukuman bunuh dijalankan dan melarikan diri dengan kaptannya bersama-sama Ukitake Jūshirō setelah menghentikan Sōkyoku daripada membunuh Rukia. Apabila Yamamoto berhadapan dengan mereka berdua, Nanao bercadang untuk melengahkan masa untuk membantu dua orang kaptan tersebut melarikan diri. Tetapi, dia telah memandang rendah terhadap kuasa Yamamoto; dia tidak dapat menggerakkan badannya selepas merenung mata Yamamoto. Shunsui mengeluarkannya dari medan pertarungan. Nanao yang masih tidak dapat bercakap berasa bimbang akan keselamatan mereka.